Mudah Sebenarnya Membina Rumah Dengan Pinjaman Kerajaan ( LPPSA )

Sebenarnya semakin mudah untuk anda memiliki sebuah kediaman impian jika anda merupakan seorang kakitangan KERAJAAN, kerana anda boleh memohon pinjaman perumahan daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam atau juga popular di kenali LPPSA.

Jika di bandingkan dengan pinjaman lain, antara kelebihan Pinjaman Perumahan Kerajaan ( LPPSA ) ialah :-

1. PEMBIAYAAN SEHINGGA 100%

Jumlah pembiayaan yang diberi oleh bank komersial hanyalah 90% paling maksimum dan selebihnya harus di bayar sebagai pembayaran deposit.

Namun dengan pinjaman LPPSA, anda layak mendapat pembiayaan sebanyak 100% maksimum, dan tidak perlu membayar deposit, jika pinjaman untuk membina rumah tertakluk juga kepada syarat pembayaran ” commitment fees ” dari pihak kontraktor.yang ini anda kena rujuk kembali dengan kontraktor yang di lantik.

2. KADAR FAEDAH TETAP ( INTEREST) SERENDAH 4% ( *tertakluk kepada kadar semasa )

Pihak Bank mengenakan 4-7% kadar faedah untuk setiap pinjaman, namun ia bergantung kepada harga rumah anda, semakin tinggi harga rumah, semakin rendah kadar faedah yang akan dikenakan, ini kerana bank bergantung kepada Base Rate ( BR)

3. TEMPOH PINJAMAN MAKSIMUM

Berkenaan tempoh pinjaman Bank,anda hanya layak di biaya sehingga usia anda mencecah 75 tahun, manakala dengan LPPSA, pembiayaan adalah semaksimum umur anda selama 90 tahun.

Tempoh pinjaman LPPSA adalah seperti berikut :

  1. 30 Tahun- Rumah pertama
  2. 25 Tahun – Rumah kedua

Contoh pertanyaan,

” Boleh Saya Tahu syarat-syarat untuk Permohonan Pinjaman LPPSA “

Kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga di berikan kepada orang yang layak berdasarkan syarat-syarat berikut:

  1. Anggota perkhidmatan Awam/Polis/Tentera
  2. Anggota Pentadbiran Persekutuan iaitu Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri,Menteri, Timbalan Menteri,Setiausaha Perlimen dan Setiausaha Politik.
  3. Anggota Pentadbiran Negeri iaitu Menteri Besar, Ketua Menteri,Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.
  4. Hakim Mahkamah Persekutuan/Rayuan/Tinggi tertakluk kepada Akta Saraan Hakim 1971 ( Akta 45)
  5. Anggota Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
  6. Yang di pertua dewan Rakyat.
  7. Anggota Dewan Undangan Negeri.
  8. Pekerja Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Di ingatkan bagi mereka yang layak dan berhak memohon kemudahan pembiayaan perumahan daripada kerajaan negeri , badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan tetapi sudah mempunyai skim pembiayaan perumahan sendiri adalah tidak layak mendapat kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam ( LPPSA ) ini.

Pemohon layak untuk menikmati dua kali pembiayaan sama ada memilih SPPSA atau SPPSAi bagi pembiayaan pertama dan pembiayaan kedua tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan, pemohonan pembiayaan kedua dibenarkan dengan syarat pembiayaan pertama diselesaikan terlebih dahulu.

Pemohon yang telah mendapat kemudahan pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Negeri, Badan-Badan Berkanun dan Pihak berkuasa tempatan hanya layak mendapat mendapat kemudahan pembiayaan kedua di bawah skim ini tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan kedua.

Lembaga membenarkan permohonan pembiayaan bersama untuk membeli satu hartanah yang sama


Tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan semasa di antara:
1. suami dan isteri; atau
2. bapa/ ibu dan anak/ anak-anak.

Syarat Asas Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

1. Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
2. Warganegara Malaysia
3. Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara (bagi penjawat awam Skim
Berpencen), dan 5 tahun sebelum tamat perkhidmatan (bagi penjawat awam Skim KWSP)
4. Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun
5. Telah disahkan dalam jawatan
6. Bukan seorang muflis @ si berhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang
dalam tindakan tatatertib
7. Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
8. Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman
dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau
Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

Bagi anda yang ingin membuat pinjaman bina rumah atas tanah sendiri perlu patuhi beberapa syarat

Garis panduan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) antaranya ialah :

1. Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan.
2. Rumah hendaklah dibina di atas tanah yang ada Hakmilik Individu dan bebas daripada sebarang bebanan.
3. Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama suami/isteri.
4. Surat kebenaran menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika hartanah ada sekatan kepentingan.
5. Pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuat kuasa.
6. Rumah yang dibina hendaklah mengikut pelan semasa kelulusan pinjaman.
7. Bayaran adalah mengikut Jadual Ketiga kepada Jadual G Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989.
8. Laporan Penilaian daripada JPPH

Kami di MNA Bina Sdn Bhd a.k.a nazrihomes sedia membantu anda berkenaan urusan Pinjaman LPPSA supaya anda dapat membina rumah idaman di atas tanah sendiri dengan mudah. Hubungi kami di 03 33598956 untuk makluman Bina Rumah mengunakan Pinjaman LPPSA.

Share on: