Tips Panduan Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Sebagai asas atau pengetahuan terhadap diri anda,  anda harus memahami serba sedikit tentang proses membinaan rumah diatas tanah sendiri. Boleh dikatakan 80% rakyat Malaysia tidak tahu prosesnya. Kebanyakan mereka hanya menyerahkan 100% kepada kontraktor dan peguam untuk menguruskan pembinaan rumah.

Hari ini, terdapat pelbagai skim atau pakej pembinaan rumah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pembinaan dengan membuat tawaran  harga yang menarik dan sesetengahnya dengan harga yang tidak masuk akal, Bayangkan dengan nilai RM50,000 sudah boleh siap seunit rumah dengan situasi kos semasa yang mencabar ketika ini.

Anda harus berhati-hati dengan tawaran tersebut supaya anda tidak tertipu dan menyesal dikemudian hari. Ingat kita nak duduk rumah ni bukan untuk setahun dua sahaja.

Ramai juga  yang menghadapi masalah di TIPU oleh pihak kontraktor.  Kebanyakan mereka ini tidak ambil berat soal perjanjian dan terlalu mempercayai kontraktor.

Anda wajib mengetahui intipati perjanjian dan spesifikasi rumah anda. Selalunya pihak kontraktor  tidak menjelaskan secara terperinci tentang perkara-perkara  yang harus anda ketahui terutama kandungan perjanjian dan spesifikasi rumah. Adalah menjadi tugas anda bertanyakan hal-hal ini dengan kontraktor.

Antara perkara yang selalu di hadapi oleh pelanggan adalah:-

a) Kos Pelan Rumah yang tinggi
b) Yuran peguam (lawyer fees) yang tinggi
c) Spesifikasi rumah yang dibina tidak menepati spesifikasi seperti didalam perjanjian.
d) Kualiti rumah yang dibina dan material pembinaan adalah rendah.
e) Menghadapi masalah kelewatan kerja dan kadang – kadang tergendala/terbengkalai.

Antara langkah-langkah yang perlu anda ambil sebagai panduan untuk membina rumah atas tanah sediri.

Berikut adalah Panduan Asas Bina Rumah Atas Tanah Sendiri


Pastikan lokasi tanah anda adalah berhampiran dengan kemudahan air, elektrik dan jalan raya. Jika jauh, kos tambahan terpaksa anda tanggung. Adakah jalan masuk ke tanah anda ditenggelami air semasa hujan lebat atau musim tengkujuh? Sebaik-baiknya lokasi tanah anda adalah berhampiran dengan rumah kejiranan sedia ada.untuk mengelakkan berlaku kecurian barang-barang binaan, kerana kadang-kadang pekerja pembinaan tidak tinggal di tapak pembinaan.


Jikalau anda mempunyai modal yang cukup , bolehlah melantik arkitek atau pelukis pelan untuk lukis pelan lantai rumah impian anda, and ajuga boleh dapatkan pelan lantai secara percuma dari kontraktor yang di lantik, tengok kontraktor juga, tak semua nya free. Tapi kami di nazrihomes menyediakan pelan lantai percuma untuk semua pelanggan kami.

. Pastikan Spesifikasi Binaan Rumah


Spesifikasi rumah amat penting kerana ianya menentukan kos pembinaan dan kualiti sesebuah rumah. Sebelum melantik kontraktor, sepatutnya anda membuat spesifikasi rumah terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak mampu  membuatnya, anda boleh berbincang dengan kontraktor. Spesifikasi ini amat penting supaya kedua-dua pihak berpuashati  semasa penyerahan kunci rumah nanti. Dengan adanya spesifikasi ini, ianya akan memudahkan kontraktor untuk membuat sebut harga dan membina rumah anda.

Contoh Spesifikasi :-


Pemilihan kontraktor amat penting kerana merekalah yang akan membina rumah anda.  Rumah anda berharga ratusan ribu ringgit. Pilihlah kontraktor yang berpengalaman dan mempunyai track-rekod yang baik.  Tempoh paling lama untuk menyiapkan rumah adalah setahun. Kontraktor yang berpengalaman biasanya dapat menyiapkan rumah kurang dari 6 bulan.

Sebut harga  yang rendah  biasanya menggunakan bahan binaan yang kurang berkualiti atau menggunakan pekerja yang kurang mahir.Sebutharga hendaklah berdasarkan spesifikasi anda. Jika tidak, anda akan mempunyai pelbagai sebut harga dan perbagai spesifikasi. Ini akan menyukarkan anda untuk memilih kontraktor yang terbaik.

Oleh itu saranan kami, anda sediakan spesifikasi terlebih dahulu, kemudian dapatkan sebutharga berdasarkan spesifikasi tersebut.

Note: Sebutharga murah biasanya dibuat oleh kontraktor yang kurang berpengalaman ,  menggunakan bahan binaan yang kurang bermutu, cara binaan yang tidak menepati standard atau menggunakan pekerja kurang mahir


JADUAL BAYARAN BERPERINGKAT (PROGRESS)

ANSURAN YANG KENA DIBAYARPERATUSAN (%)JUMLAH (RM)
1 Setelah perjanjian selesai ditandatangani10%30,000.00
2 Dalam tempoh 21 hari selepas peminjam menerima notis bertulis dari kontraktor menyatakan siapnya:
a)      Kerja asas dan pertapakan bangunan.10%30,000.00
b)      Krangka konkrit bertetulang bangunan.15%45,000.00
c)      Dinding banguna tersebut beserta rangka pintu dan tingkap dipasang dengan tepat.10%30,000.00
d)      Memasang bumbung, pendawain elektrik dan saluran paip pada bangunan tersebut.10%30,000.00
e)      Kerja melapis dalam dan luar bangunan tersebut.10%30,000.00
f)       Parit,saluran najis dan jalan pada bangunan tersebut.15%45,000.00
3 Semasa serahan pemilikan kosong dan sambungan bekalan elektrik dan air pada bangunan.15%45,000.00
4 Dipegang oleh peguamcara sebagai pemegang pertaruhan untuk bayaran kepada kontraktor5%15,000.00
a)      Apabila tamat tempoh 6 bulan selepas serahan pemilikan kosong – (2.5%)
b)      Apabila tamat tempoh 12 bulan selepas pemilikan kosong – (2.5%)
JUMLAH100300,000.00
contoh jadual pembayaran, subjek kepada pelan pembayaran kontraktor

Jika anda membuat pinjaman perumahan melalui LPPSA atau bank, pihak mereka akan membuat bayaran kepada kontraktor mengikut peringkat  siap pembinaan rumah (progress). Anda tidak perlu risau tentang pembayaran ini kerana mereka mempunyai jadual khas untuk setiap peringkat pembayaran.

Sekiranya anda membuat bayaran secara tunai, sebaik-baiknya anda membayarnya mengikuti jadual diatas iaitu bayaran mengikut peringkat pembinaan rumah anda.Kerana pembayaran yang tepat pada waktunya juga salah satu sebab melancarkan binaan rumah anda.

Semasa dalam pembinaan, sebaik-baiknya anda pantau pembinaannya, paling kurang sebulan sekali. Lagi kerap lagi baik.

Sebelum penyerahan kunci dibuat, anda hendaklah memastikan rumah anda siap sepenuhnya. Sekiranya ada perkara-perkara yang anda tidak puashati, berbincanglah dengan kontraktor. Selepas anda berpuas hati, bolehlah anda menerima kunci rumah anda.

Itulah serba sedikit panduan ikhlas dari kami kepada anda. semoga dapat membantu anda membuat pemilihan kontraktor yang sesuai untuk pembinaan rumah anda.

Paling utama berurusan lah dengan syarikat yang mempunyai pejabat , berdaftar dengan CIDB dan mempunyai kerja-kerja pembinaan yang sedang berjalan dan yang sudah nyata siapnya. anda boleh lawat dan perhatikan hasil kerja mereka.

Banyak kontraktor suka beri janji-janji manis, tapi semua urusan hanya di kedai mamak atau paling kelas di Mcdonald atau KFC.ini anda harus hati-hati.

Untuk makluman lanjut tentang pembinaan , hubungi kami di 03 33598956 Setia Alam, Shah Alam.

Share on: